Berita Berita
“Saya buat CPR, tapi anak tiada respon” – Bapa Damiya luluh hati lihat anak terbaring kaku di koridor sekolah
DENGKIL 20 Okt - Seorang bapa berdepan detik memilukan apabila usaha memberikan bantuan kecemasan kepada anak perempuan tunggalnya yang ditemui terbaring kaku di koridor tingkat dua sebuah sekolah di sini, tidak mendapat sebarang tindak balas.
Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, berkata, dia bergegas ke sekolah selepas dimaklumkan isterinya kira-kira jam 5 petang mengenai kejadian menimpa anak bongsu daripada tiga beradik itu, Derma Damiya’ Nur Mikayla, tujuh tahun.
Menurutnya, sebaik tiba di sekolah, dia mendapati anaknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum segera berusaha menyelamatkannya dengan melakukan bantuan pernafasan kecemasan.
“(Ketika itu) anak memang ‘flat’ (kaku), saya tolong ‘pump’ namun tiada respon. Saya buat CPR (Resusitasi Kardiopulmonari),” katanya.
Bagaimanapun, segala usaha dilakukan tidak membuahkan hasil apabila kanak-kanak berkenaan tidak menunjukkan sebarang tindak balas.
Mior Shahrizal berkata, berdasarkan penerangan pihak hospital, saluran pernafasan anaknya dipercayai tersumbat akibat makanan, sama ada pisang atau ayam.
“Benda itu tidak boleh dikeluarkan, ada dalam (saluran pernafasan),” katanya.
Terdahulu, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dengkil itu dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di sekolah sebelum diberikan bantuan awal oleh guru.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya, namun disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.
Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dengkil kira-kira jam 3.15 petang dengan dihadiri lebih 50 ahli keluarga dan waris terdekat.
Berita berkaitan
October 20, 2026, 11:35 pm
Anwar mahu rakyat mula guna TuJu, kurangkan kebergantungan kepada Waze susulan risiko keselamatan data
October 20, 2026, 5:44 pm
Kematian murid SK Dengkil: Fadhlina sedih, arah JPN Selangor bantu keluarga mangsa
October 20, 2026, 3:33 pm
Pengasuh ditahan, bayi 10 bulan meninggal dunia dalam jagaan
October 20, 2026, 3:25 pm
“Saya reda, hormati apa juga keputusan” – Mohd Shuhaily bakal didakwa esok
October 20, 2026, 3:10 pm
Minta masuk tandas bersama, jurulatih kecerdasan direman 'sentuh' anak rakan berumur 9 tahun
October 20, 2026, 3:04 pm
Suami pegawai AKPS maut di kuarters Nilai miliki 16 rekod jenayah lampau
October 20, 2026, 3:00 pm
