Berita Berita
65 warga asing ditahan dalam Op Mega Bersepadu serbu 19 lokasi di Janda Baik
BENTONG, 21 Okt. – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 65 warga asing berusia antara 20 hingga 54 tahun atas pelbagai kesalahan imigresen menerusi Operasi Mega Bersepadu di 19 lokasi sekitar Janda Baik hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli memaklumkan bahawa operasi yang bermula pada jam 10 pagi itu meliputi Kampung Cemeruh, Ceringin, dan Sumsum susulan aduan penduduk serta laporan media mengenai kebanjiran warga asing di kawasan peranginan terbabit.
Pemeriksaan ke atas 278 warga asing di premis resort, kebun, dan tapak pembinaan membawa kepada penahanan terbabit sebelum kesemua mereka dibawa ke Depot Kemayan bagi siasatan lanjut.
Antara kesalahan yang dikenal pasti merangkumi tiada pas atau permit sah, melanggar syarat pas, tinggal lebih masa, dan menggunakan dokumen perjalanan palsu.
Dua pemilik resort dan kebun warga tempatan turut dikenakan notis saman untuk hadir memberi keterangan kerana disyaki melindungi warga asing di premis masing-masing.
Operasi terbabit melibatkan 150 anggota merangkumi JIM Pahang, Kuala Lumpur, Ibu Pejabat Putrajaya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Berita berkaitan
October 21, 2026, 11:20 pm
Pelajar kolej ditemukan maut berlumuran darah di belakang restoran
October 21, 2026, 10:56 pm
BN, Pas sah bergabung hadapi PRN Melaka, pembahagian 28 kerusi dimuktamadkan
October 21, 2026, 10:34 pm
Polis berjaya tahan pelajar 16 tahun serang guru dengan kapak di sekolah
October 21, 2026, 9:38 pm
JAKIM sahkan premis sembelih ayam tular tiada sijil halal, sudah diarah tutup 10 Oktober lalu
October 21, 2026, 6:28 pm
Sarawak umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri
October 21, 2026, 6:19 pm
Lelaki warga emas ditahan didakwa cabul anak pegawai kanan polis di gimnasium
October 21, 2026, 6:15 pm
Wanita Indonesia promosi khidmat imigresen haram menerusi TikTok ditahan di Shah Alam
October 21, 2026, 6:11 pm
