TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan larang penjawat awam guna Waze demi elak ancaman keselamatan rejim Israel

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 21 Okt. – Kerajaan memutuskan untuk melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat sensitif dan data peribadi daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan terbabit diambil selepas mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd selaku pengawal data yang beroperasi di bawah undang-undang negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Saranan berkenaan dibuat memandangkan aplikasi tempatan menawarkan jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang lebih kukuh tanpa mengabaikan kedaulatan negara.

PMO menegaskan bahawa Kerajaan MADANI mengambil pendirian tegas bagi menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan pihak luar untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat.

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) semalam turut membincangkan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, MyDigital ID, kriptografi pascakuantum, serta perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara.

+ - reset