TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

BN, Pas sah bergabung hadapi PRN Melaka, pembahagian 28 kerusi dimuktamadkan

By
|
Kongsi
image

MELAKA 21 Okt - Barisan Nasional (BN) mengesahkan kerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November depan, dengan rundingan pembahagian kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selesai dimuktamadkan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil rundingan itu menyaksikan BN akan bertanding di 21 kerusi, manakala baki tujuh kerusi ditandingi Pas bersama rakan gabungannya.

“Perundingan antara BN dan Pas khususnya telah dimuktamadkan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa BN akan bertanding di 21 kerusi dan Pas bersama rakan-rakan mereka akan bertanding di tujuh kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas dan Asmaulhusna di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah, pada Rabu.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, BN akan menggunakan logo parti itu sendiri pada PRN berkenaan, manakala keputusan mengenai penggunaan logo Pas diserahkan kepada kepimpinan parti berkenaan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan BN dijadual mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada 24 Oktober ini.

Menurutnya, pengumuman itu akan dibuat selepas semua proses penilaian dan perbincangan di peringkat parti selesai dimuktamadkan.

+ - reset