Berita Berita
Polis berjaya tahan pelajar 16 tahun serang guru dengan kapak di sekolah
KUCHING 21 OKTOBER - Polis mengesahkan pihaknya telah menahan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah antarabangsa swasta di Kuching kerana disyaki menyerang seorang guru menggunakan objek tajam dipercayai kapak.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.49 pagi tadi dengan maklumat awal diterima Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sekitar jam 8.03 pagi.
Mangsa, seorang guru wanita, dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan dan telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Saifullizan turut mengesahkan, suspek yang berusia 16 tahun telah ditangkap dan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal katanya, mendapati suspek turut membawa mercun ketika kejadian dengan kedua-dua senjata tersebut kemudian dirampas pihak polis.
Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti keseluruhan punca kejadian serta mendapatkan bukti-bukti berkaitan.
Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian ini.
Ia demi menghormati proses siasatan dan menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.
Sementara itu, tular di media sosial rakaman penstriman langsung dari sudut pandang remaja tersebut ketika kejadian pagi tadi.
Manakala satu lagi rakaman, dipercayai daripada kamera litar tertutup di bilik darjah tersebut menyaksikan suspek menyerang guru terbabit, sebelum mengejar seorang lagi mangsa lain, dalam tempoh kurang seminit sebelum ditahan oleh beberapa pelajar lain di kelas berkenaan.
Berita berkaitan
October 21, 2026, 11:20 pm
Pelajar kolej ditemukan maut berlumuran darah di belakang restoran
October 21, 2026, 10:56 pm
BN, Pas sah bergabung hadapi PRN Melaka, pembahagian 28 kerusi dimuktamadkan
October 21, 2026, 9:38 pm
JAKIM sahkan premis sembelih ayam tular tiada sijil halal, sudah diarah tutup 10 Oktober lalu
October 21, 2026, 6:28 pm
Sarawak umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri
October 21, 2026, 6:19 pm
Lelaki warga emas ditahan didakwa cabul anak pegawai kanan polis di gimnasium
October 21, 2026, 6:15 pm
Wanita Indonesia promosi khidmat imigresen haram menerusi TikTok ditahan di Shah Alam
October 21, 2026, 6:11 pm
Kerajaan larang penjawat awam guna Waze demi elak ancaman keselamatan rejim Israel
October 21, 2026, 6:08 pm
