Berita Berita
Lelaki warga emas ditahan didakwa cabul anak pegawai kanan polis di gimnasium
AMPANG JAYA, 21 Okt. – Pihak polis sedang menyiasat kes seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun yang didakwa mencabul anak lelaki kepada seorang pegawai kanan polis di sebuah gimnasium di Melawati kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa tindakan lanjut berhubung kes itu sedang diambil.
Suspek dilaporkan ditahan sendiri oleh bapa mangsa di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Susulan insiden terbabit, dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Melawati pada malam kejadian bagi membolehkan siasatan dijalankan secara mendalam.
Pihak polis turut merampas sebuah telefon pintar dipercayai milik suspek bagi membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Berita berkaitan
October 21, 2026, 11:20 pm
Pelajar kolej ditemukan maut berlumuran darah di belakang restoran
October 21, 2026, 10:56 pm
BN, Pas sah bergabung hadapi PRN Melaka, pembahagian 28 kerusi dimuktamadkan
October 21, 2026, 10:34 pm
Polis berjaya tahan pelajar 16 tahun serang guru dengan kapak di sekolah
October 21, 2026, 9:38 pm
JAKIM sahkan premis sembelih ayam tular tiada sijil halal, sudah diarah tutup 10 Oktober lalu
October 21, 2026, 6:28 pm
Sarawak umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri
October 21, 2026, 6:15 pm
Wanita Indonesia promosi khidmat imigresen haram menerusi TikTok ditahan di Shah Alam
October 21, 2026, 6:11 pm
Kerajaan larang penjawat awam guna Waze demi elak ancaman keselamatan rejim Israel
October 21, 2026, 6:08 pm
