Berita Berita
JAKIM sahkan premis sembelih ayam tular tiada sijil halal, sudah diarah tutup 10 Oktober lalu
PUTRAJAYA 21 Okt – Premis penyembelihan ayam yang mencetuskan keraguan selepas video aktivitinya tular baru-baru ini didapati tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau pihak berkuasa agama Islam negeri.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, hasil penemuan awal mendapati premis berkenaan didaftarkan atas nama entiti lain dan bukannya milik Bhuiyen Sdn. Bhd., namun bekalan ayam untuk aktiviti itu diperoleh daripada syarikat berkenaan.
Beliau berkata, penemuan itu dibuat hasil risikan awal dan pemeriksaan di lokasi yang dijalankan JAKIM bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurutnya, premis berkenaan juga telah diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 10 Oktober 2026 susulan pelanggaran aspek kesihatan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2026.
“JAKIM turut mengemukakan permohonan kepada DBKL bagi mendapatkan pengesahan berhubung status lesen premis dan entiti yang menjalankan aktiviti pemprosesan ayam tersebut bagi melengkapkan penelitian serta tindakan susulan oleh pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau menegaskan JAKIM memandang serius sebarang aktiviti penyembelihan yang tidak mematuhi hukum syarak.
Katanya, sebarang pelanggaran akan ditangani melalui tindakan penguatkuasaan berdasarkan peruntukan undang-undang serta bidang kuasa pihak berkuasa berkaitan.
Berita berkaitan
October 21, 2026, 11:20 pm
Pelajar kolej ditemukan maut berlumuran darah di belakang restoran
October 21, 2026, 10:56 pm
BN, Pas sah bergabung hadapi PRN Melaka, pembahagian 28 kerusi dimuktamadkan
October 21, 2026, 10:34 pm
Polis berjaya tahan pelajar 16 tahun serang guru dengan kapak di sekolah
October 21, 2026, 6:28 pm
Sarawak umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri
October 21, 2026, 6:19 pm
Lelaki warga emas ditahan didakwa cabul anak pegawai kanan polis di gimnasium
October 21, 2026, 6:15 pm
Wanita Indonesia promosi khidmat imigresen haram menerusi TikTok ditahan di Shah Alam
October 21, 2026, 6:11 pm
Kerajaan larang penjawat awam guna Waze demi elak ancaman keselamatan rejim Israel
October 21, 2026, 6:08 pm
