TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Sarawak umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri

By
|
Kongsi
image

KUCHING, 21 Okt. – Kerajaan Sarawak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sebagai penghargaan atas sumbangan dan dedikasi mereka dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg memaklumkan bahawa bayaran berkenaan akan dikira berdasarkan gaji pokok terakhir pada November 2026 dan disalurkan sebelum penghujung tahun ini.

Inisiatif terbabit dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 19,851 anggota perkhidmatan awam negeri berkenaan dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM144 juta.

Langkah ini mencerminkan keprihatinan pentadbiran negeri terhadap kebajikan warga kerja awam yang menjadi penggerak utama kepada kelancaran pelaksanaan dasar serta projek pembangunan di Sarawak.

+ - reset