Berita Berita
Wanita Indonesia promosi khidmat imigresen haram menerusi TikTok ditahan di Shah Alam
SHAH ALAM, 21 Okt. – Seorang wanita warga Indonesia yang menggunakan platform TikTok bagi mempromosikan khidmat imigresen haram ditahan dalam satu operasi khas di sebuah kediaman di Seksyen U15 Isnin lalu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan bahawa suspek berusia 31 tahun yang dipercayai bertindak sebagai ejen imigresen haram sejak setahun lalu ditahan hasil risikan selama sebulan.
Operasi yang bermula pada jam 10 pagi itu dijalankan oleh pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya.
Siasatan mendapati wanita terbabit menggunakan media sosial bagi mengatur pergerakan migran keluar dan masuk menerusi laluan yang tidak dibenarkan.
Berita berkaitan
October 21, 2026, 11:20 pm
Pelajar kolej ditemukan maut berlumuran darah di belakang restoran
October 21, 2026, 10:56 pm
BN, Pas sah bergabung hadapi PRN Melaka, pembahagian 28 kerusi dimuktamadkan
October 21, 2026, 10:34 pm
Polis berjaya tahan pelajar 16 tahun serang guru dengan kapak di sekolah
October 21, 2026, 9:38 pm
JAKIM sahkan premis sembelih ayam tular tiada sijil halal, sudah diarah tutup 10 Oktober lalu
October 21, 2026, 6:28 pm
Sarawak umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri
October 21, 2026, 6:19 pm
Lelaki warga emas ditahan didakwa cabul anak pegawai kanan polis di gimnasium
October 21, 2026, 6:11 pm
Kerajaan larang penjawat awam guna Waze demi elak ancaman keselamatan rejim Israel
October 21, 2026, 6:08 pm
