Berita Berita
Hanya penjawat awam dilarang guna Waze, rakyat masih boleh guna aplikasi lain - Gobind
KUALA LUMPUR 22 Okt – Orang ramai masih bebas menggunakan aplikasi navigasi Waze dan Google Maps berikutan larangan penggunaan Waze yang diumumkan kerajaan hanya melibatkan penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, larangan itu dibuat atas pertimbangan aspek perundangan dan keselamatan, khususnya berkaitan pengumpulan serta penyelarasan data pengguna.
"Larangan ini berdasarkan kepada dua aspek melibatkan data. Walaupun tidak menggunakan Waze, pergerakan kita masih dapat ditentukan melalui aplikasi ini.
"Sebab itu adanya larangaan penggunaan Waze kerana ia khusus merujuk kepada aspek perundangan dan keselamatan kerana data yang dikumpul dan diselaraskan oleh Israel," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Khamis.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilaporkan berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) pada Rabu memutuskan larangan penggunaan Waze berkuat kuasa serta-merta.
Shamsul Azri berkata, semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan perlu memastikan keputusan itu dimaklumkan kepada pegawai di bawah seliaan masing-masing, termasuk agensi dan jabatan berkaitan, untuk dilaksanakan segera.
Mengulas penggunaan aplikasi navigasi TuJu, Gobind menjelaskan aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) itu pada asalnya diwujudkan bagi tujuan khusus, antaranya memantau aliran trafik lebuh raya, keadaan di plaza tol serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
Bagaimanapun, aplikasi berkenaan kini dikembangkan bagi menyediakan perkhidmatan di luar lebuh raya, termasuk membantu pengguna merancang perjalanan menuju ke lebuh raya tertentu.
"Kementerian mengambil maklum aduan orang ramai dan isu tersebut dalam perhatian kita. Namun saya tegaskan, tidak ada dinyatakan hanya boleh guna TuJu sahaja, masih boleh guna Google Maps dan sebagainya," ujarnya.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:42 pm
Dua anggota polis saman Shuhaily secara peribadi, tuntutan ganti rugi tunggu laporan perubatan
October 22, 2026, 1:17 pm
7.6 juta rekod pengguna Waze didakwa dijual di dark web
October 22, 2026, 12:32 pm
'Dengar suara rakyat, bukan sekadar rasmi majlis' - Yuneswaran santuni golongan memerlukan di Segamat
October 22, 2026, 11:30 am
Dua rakan maut motosikal dirempuh dari belakang, pemandu dipercayai larikan diri
October 22, 2026, 11:06 am
13,072 jawatan doktor KKM kosong, 3,510 letak jawatan dalam tempoh tiga tahun
October 22, 2026, 10:38 am
Baru sehari disuruh berhenti guna Waze, sistem navigasi TuJu pula dah terganggu
October 22, 2026, 9:27 am
Terjerat tawaran kerja lumayan, 72 rakyat Malaysia ditahan kes dadah bernilai RM81.76 juta
October 21, 2026, 11:20 pm
Pelajar kolej ditemukan maut berlumuran darah di belakang restoran
October 21, 2026, 10:56 pm
