Berita Berita
‘Pelajar tidak sepatutnya hidang arak’ – JPNS siasat dakwaan pada majlis makan malam
SEREMBAN 24 Okt – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang memuktamadkan siasatan berhubung dakwaan pelajar sebuah sekolah di negeri itu terlibat dalam penyajian minuman beralkohol pada majlis makan malam anjuran persatuan bekas pelajar, 5 September lalu.
JPNS dalam kenyataan pada Sabtu menegaskan bahawa pelajar sekolah tidak sepatutnya dilibatkan dalam sebarang aktiviti mengendalikan atau menghidangkan minuman beralkohol.
Bagaimanapun, menurut jabatan itu, maklumat awal mendapati majlis berkenaan dianjurkan oleh persatuan bekas pelajar dan berlangsung di luar kawasan sekolah.
Malah, pihak sekolah serta persatuan terbabit turut menafikan dakwaan bahawa pelajar terlibat dalam penyajian minuman beralkohol sepanjang majlis tersebut.
JPNS memaklumkan, siasatan yang dijalankan susulan aduan diterima menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) turut meneliti aspek pematuhan prosedur oleh pihak sekolah.
"Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau kecuaian dalam pelaksanaan tanggungjawab, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, JPNS memberi jaminan bahawa kebajikan, keselamatan dan maruah pelajar sentiasa menjadi keutamaan dalam mengendalikan isu berkenaan.
Jabatan itu turut menegaskan bahawa hasil siasatan akan diteliti secara menyeluruh bagi memastikan sebarang tindakan susulan dibuat berdasarkan fakta serta peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Berita berkaitan
October 24, 2026, 4:45 pm
Penyelia maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk ketika pasang papan tanda di lebuh raya
October 24, 2026, 2:55 pm
Berkali-kali mohon bantuan kerusi roda kena 'sidai, OKU di Kelantan akhirnya dibantu Steven Sim
October 24, 2026, 1:35 pm
Yayasan Budimas kumpul setengah juta ringgit, beri sinar buat lebih 50,000 kanak-kanak setiap tahun
October 24, 2026, 11:13 am
Kapal tangki milik syarikat Malaysia ditahan, 1.16 tan ketamin dirampas
October 23, 2026, 10:44 pm
15 tahun tunggu 'flyover', penduduk Alam Budiman bawa enam kubur tepi jalan simbolik tuntut penyelesaian
October 23, 2026, 10:23 pm
Sampai hati ibu! Mayat bayi perempuan tujuh bulan ditemui dalam tong sampah apartmen
October 23, 2026, 10:05 pm
Murid Tahun Satu maut dipercayai jatuh dari tingkat 10 PPR ketika main basikal
October 23, 2026, 5:17 pm
