Berita Jenayah
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
KUALA LUMPUR, 26 Okt. – Lelaki warga China yang ditahan bersama dua kilogram dadah disyaki kokain di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong Khamis lalu dipercayai memperoleh bekalan berkenaan daripada individu tidak dikenali di sebuah pasar raya di Pulau Pinang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa maklumat awal itu diperoleh susulan penahanan suspek berusia 25 tahun oleh Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong pada 22 Oktober lalu.
Suspek yang mendarat di Hong Kong menerusi penerbangan Cathay Pacific CX622 dari Pulau Pinang ditahan selepas pemeriksaan menemui bahan terlarang terbabit di dalam bagasi daftar masuknya.
Siasatan mendapati suspek berada di Malaysia selama tiga hari dan dijanjikan ganjaran sebanyak RMB2,000 (kira-kira RM1,200) bagi mengendalikan urusan penghantaran dadah terbabit.
Semakan dokumen mendapati pasport suspek baharu sahaja dikeluarkan pada bulan ini tanpa sebarang rekod perjalanan lain, selain memiliki beberapa tempahan hotel sepanjang berada di negara ini.
JSJN akan terus menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa Hong Kong bagi mendapatkan perincian lanjut, termasuk mengesan keanggotaan jaringan sindiket yang dipercayai masih berada di Malaysia.
Suspek telah dituduh atas kesalahan mengedar dadah berbahaya di Mahkamah Majistret Kowloon Barat dan berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup serta denda HK$5 juta jika sabit kesalahan di bawah undang-undang Hong Kong.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
