Berita Jenayah
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
IPOH, 27 Okt. – Pengetua sebuah sekolah di Bagan Datuk berusia 56 tahun yang tular berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang pelajar tingkatan tiga telah membuat laporan polis berhubung video kejadian beliau diserang oleh keluarga pelajar berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin memaklumkan bahawa lelaki terbabit mengemukakan laporan polis pada Ahad lalu, sehari selepas ibu mangsa membuat laporan berhubung dakwaan gangguan seksual berkenaan.
Pengetua terbabit membuat laporan berikutan ketidakpuashatian terhadap penularan video yang memaparkan beliau diserang oleh ahli keluarga pelajar terbabit.
Kes diserang berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebab kecederaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Siasatan mendapati tindakan keluarga mangsa menyerang pengetua berkenaan berpunca daripada dakwaan anggota perkhidmatan awam itu menghubungi pelajar terbabit bagi meluahkan perasaan sayang.
Setakat ini, polis telah merakam keterangan sembilan saksi termasuk pengetua terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan yang turut dibuka mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek sebelum ini mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan siasatan terperinci, selain mengarahkan pengetua berkenaan ditukarkan sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk sepanjang proses siasatan berlangsung. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
