Berita Berita
Pelajar Tingkatan Lima maut depan sekolah, DSP Mohd Nazri dipenjara tujuh tahun enam bulan
IPOH 28 Okt – Seorang pegawai kanan polis dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, tanpa niat membunuh.
Tertuduh, Deputi Superintenden (DSP) Mohd Nazri Abdul Razak, 47, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan asal membunuh yang dihadapinya dipinda kepada pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat.
Pengakuan tersebut direkodkan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh pada akhir kes pendakwaan.
Susulan pengakuan bersalah itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun enam bulan terhadap Mohd Nazri.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berkenaan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada 15 Disember 2023.
Kes berkenaan membabitkan kematian Muhammad Zaharif Affendi yang ketika kejadian merupakan pelajar Tingkatan Lima.
Tertuduh sebelum ini berdepan pertuduhan membunuh, namun pertuduhan tersebut dipinda pada peringkat akhir kes pendakwaan sebelum dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan baharu itu.
Pada 18 Disember 2023, Mohd. Nazri, 47, yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif, 17, dengan mengetahui perbuatannya itu mungkin menyebabkan kematian.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di persimpangan Jalan Taman Jati 1/Jalan Pekeliling Meru Indah berhampiran SMK Jati di dalam daerah Kinta antara pukul 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Disember 2023.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 6:10 pm
Anwar tegur sikap mudah hukum, label munafik akibat kefahaman agama terbatas
October 28, 2026, 6:03 pm
AADK ambil tindakan tatatertib terhadap pegawai cuai susulan siasatan EAIC
October 28, 2026, 5:59 pm
Tiga lelaki, dua remaja perempuan ditahan khalwat di kondominium mewah
October 28, 2026, 5:53 pm
KWSP perlu imbang simpanan persaraan, kesusahan pencarum terdesak - PGIRM
October 28, 2026, 4:24 pm
Pramugara didakwa semula atas pertuduhan membunuh pekerja penyelenggaraan
October 28, 2026, 4:22 pm
‘Jangan bimbang, kita geng biru’ – Ahmad Zahid beri 'hint' kemelut kerusi MCA selesai
October 28, 2026, 4:20 pm
Lelaki ditahan buat hantaran karikatur didakwa hina polis
October 28, 2026, 4:16 pm
Polis KL jejak 10 peratus pelajar kerap ponteng, tambah Pegawai Perhubungan Sekolah
October 28, 2026, 3:52 pm
Keluarga wanita tular tarik tengkuk, cium pipi Bella Astillah tampil mohon maaf
October 28, 2026, 3:41 pm
