TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 29 Okt. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil keputusan untuk mengembalikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang sebelum ini dalam kontrak peminjaman kader sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa keputusan berkenaan dibuat minggu lalu dan tindakan susulan akan diambil oleh pengurusan PDRM.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini, sambil mengesahkan bahawa pengganti jawatan Ketua Pengarah AKPS yang baharu juga akan dilantik dari kalangan pegawai polis.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail menjelaskan bahawa status perkhidmatan Mohd Shuhaily di AKPS dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) memandangkan pelantikan terbabit melibatkan kontrak peminjaman kader tempoh dua tahun yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berkaitan dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset