TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500

By
|
Kongsi
image

 

KOTA BHARU 29 Okt – Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam negeri termasuk kakitangan berstatus kontrak, dengan pembayaran dilaksanakan secara dua peringkat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bantuan berkenaan akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri Gred Utama B dan ke bawah sebagai penghargaan terhadap komitmen serta khidmat bakti mereka.

Menurutnya, pemberian itu mencerminkan penghargaan kerajaan negeri terhadap peranan penjawat awam yang menjadi antara tonggak utama dalam menjayakan agenda pembangunan Kelantan serta memastikan keperluan rakyat terus diberikan perhatian.

"Sebagai tanda penghargaan atas segala komitmen, pengorbanan dan khidmat bakti penjawat awam, Kerajaan Kelantan dengan penuh keprihatinan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam negeri Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini pada Khamis.

Mohd Nassuruddin berkata, pemberian bantuan khas itu turut diperluaskan kepada individu yang memegang jawatan lantikan politik.

Bagaimanapun, kadar bayaran bagi golongan berkenaan akan ditentukan oleh kerajaan negeri.

Mengulas mengenai kaedah pembayaran, beliau memaklumkan bantuan RM1,500 itu akan disalurkan dalam dua peringkat, dengan pembayaran pertama dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pembayaran peringkat kedua pula dijadualkan menjelang ambang Hari Kebangsaan.

"Bantuan khas itu membabitkan implikasi kewangan keseluruhan sebanyak RM7.13 juta," katanya.

+ - reset