Berita Berita
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
MASJID TANAH, 29 Okt. – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya penyerahan sumbangan perayaan Deepavali kepada masyarakat India di negeri ini bertujuan memancing undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.
Ab Rauf menjelaskan bahawa penyerahan sumbangan terbabit diberikan atas dasar tanggungjawab kerajaan negeri kepada rakyat pelbagai kaum dan kebetulan tarikh perayaan jatuh dalam tempoh kempen pilihan raya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Lendu hari ini, sambil menegaskan bahawa program agihan bantuan seumpama itu telah dilaksanakan secara berterusan sepanjang lima tahun lalu.
Menurut data kerajaan negeri, sebanyak RM90.55 juta Bantuan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) disalurkan kepada lebih 42,500 penerima sejak 2021 hingga September lalu, selain peruntukan lebih RM3 juta untuk pelbagai bantuan perayaan dan rumah ibadat masyarakat India serta Cina.
Sempena perayaan Deepavali tahun ini, seramai 1,000 penerima di seluruh negeri Melaka menerima sumbangan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM200,000 demi memastikan kebajikan masyarakat terus terpelihara. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
Dua warga emas didakwa seret anjing diikat pada motosikal, berdepan denda hingga RM100,000
October 29, 2026, 11:11 am
Rundingan gagal, MIPP tarik diri bertanding PRN Melaka atas tiket PN
October 29, 2026, 10:50 am
