Berita Berita
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
KULIM, 29 Okt. – Seorang penunggang motosikal yang mengalami kerosakan otak kekal dan berada dalam keadaan vegetatif akibat kemalangan jalan raya lapan tahun lalu memperoleh ganti rugi berjumlah RM1.94 juta di Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Mohd Azhar Hamzah memutuskan pemandu kereta, Asmah Hassan, 44, bertanggungjawab sebanyak 90 peratus atas kecuaian menceroboh laluan bertentangan bagi mengelak kon trafik berhampiran kawasan mendapan tanah tanpa memastikan keadaan selamat dalam kejadian pada 27 Mei 2018 di Jalan Sungai Karangan.
Mahkamah mendapati mangsa, S Kovarthan, yang kini bergantung sepenuhnya kepada ibu serta adik perempuannya bagi menguruskan keperluan harian, menyumbang 10 peratus kecuaian kerana menunggang terlalu hampir dengan garisan berkembar di tengah jalan.
Penghakiman turut menolak cubaan pemandu kereta terbabit untuk mengaitkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi penyelenggaraan jalan kerana mendapati tanda amaran serta kon keselamatan yang diletakkan di lokasi kejadian adalah munasabah dan mencukupi.
Jumlah pampasan yang diluluskan merangkumi ganti rugi am, kehilangan pendapatan masa hadapan sebagai pembantu logistik, kos penjagaan masa hadapan, serta perbelanjaan perubatan berserta kos Mahkamah.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
Dua warga emas didakwa seret anjing diikat pada motosikal, berdepan denda hingga RM100,000
October 29, 2026, 11:11 am
Rundingan gagal, MIPP tarik diri bertanding PRN Melaka atas tiket PN
October 29, 2026, 10:50 am
