Berita Berita
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
KUALA LUMPUR 29 Okt – Murid sekolah rendah akan mula didedahkan dengan asas kecerdasan buatan (AI) menerusi mata pelajaran teknologi digital apabila kurikulum persekolahan baharu diperkenalkan pada 2027.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, pengenalan asas AI itu merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan (KPM) memperkukuh literasi teknologi dalam kalangan murid sejak peringkat awal persekolahan.
Menurutnya, pembelajaran berkaitan AI turut akan diperkukuh di peringkat sekolah menengah menerusi mata pelajaran yang bersesuaian.
Beliau berkata, pendekatan itu bukan sekadar memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi, sebaliknya mendidik murid supaya mempunyai kemahiran berfikir secara kritis ketika menggunakan AI.
Antara kemahiran yang akan diterapkan termasuk menyemak kesahihan fakta, mempersoalkan jawapan yang meragukan serta membuat pertimbangan sewajarnya terhadap maklumat yang dihasilkan teknologi berkenaan.
"Panduan literasi AI KPM sudah berkuat kuasa sejak 8 Mei lalu. Panduan itu menekankan penggunaan AI secara kritis, selamat dan beretika.
"Ia juga menekankan tanggungjawab termasuk ibu bapa, pentadbir, guru, malah anak-anak dan komuniti bagi memastikan bahawa AI ini dari segi penggunaannya, digunakan dengan selamat," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta penjelasan mengenai perancangan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk mengintegrasikan literasi AI dalam silibus persekolahan.
Dalam pada itu, Fadhlina memaklumkan seramai 329,414 guru di seluruh negara sudah menerima latihan berkaitan AI setakat 2026 sebagai persediaan sebelum penggunaan teknologi berkenaan diperluaskan ke semua sekolah.
Menurutnya, latihan dan pendedahan mengenai AI akan diteruskan secara berperingkat bagi memastikan semua guru mendapat pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan.
"KPM mendapat sokongan penuh daripada pelbagai platform untuk memastikan bahawa guru di negara ini benar-benar dilatih," katanya.
Beliau menegaskan usaha meningkatkan literasi AI dalam kalangan guru akan dilaksanakan secara berterusan sehingga latihan berkenaan dapat diberikan kepada keseluruhan warga pendidik.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
Dua warga emas didakwa seret anjing diikat pada motosikal, berdepan denda hingga RM100,000
October 29, 2026, 11:11 am
Rundingan gagal, MIPP tarik diri bertanding PRN Melaka atas tiket PN
October 29, 2026, 10:50 am
