TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Badan pengurusan strata wajib sediakan akses alternatif untuk pemilik culas bayar yuran penyelenggaraan - Kor Ming

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 29 Okt. – Badan pengurusan bangunan strata diwajibkan menyediakan laluan akses alternatif kepada pemilik hartanah yang gagal menjelaskan yuran penyelenggaraan, walaupun kad akses elektronik mereka telah dinyahaktifkan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa meskipun Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengenakan sekatan ke atas pemutang, tindakan terbabit tidak boleh menghalang pemilik daripada memasuki kediaman sendiri.

Jawapan beliau dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek semasa Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, menyahut soalan daripada Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) berhubung hak pengurusan strata terhadap penunggak yuran.

Kor Ming menjelaskan bahawa pengurusan boleh menggantung kemudahan tempat letak kereta dan kad lif, namun masih perlu membenarkan pemilik masuk menerusi pendaftaran di pos kawalan keselamatan serta menggunakan lif asas atau tangga perkhidmatan.

Prinsip terbabit diperkukuh menerusi keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 Oktober lalu dalam kes SL Land Sdn Bhd dan Foong Wei Ching menentang JMB Sentral Bazar Nilai, yang memutuskan bahawa sekatan statutori tidak boleh sampai menafikan hak pemilik untuk mengakses dan mendiami hartanah mereka. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset