TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pasangan kekasih ditahan JAINJ dalam keadaan separuh bogel di tempat letak kenderaan Sri Gading

By
|
Kongsi
image

BATU PAHAT, 30 Okt. – Sepasang kekasih masing-masing berusia 21 dan 17 tahun ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam keadaan separuh bogel selepas disyaki cuba melakukan persetubuhan di dalam sebuah kereta malam semalam.

Menurut kenyataan JAINJ, penahanan pasangan terbabit dilakukan kira-kira jam 11.20 malam di kawasan tempat letak kenderaan berasingan yang gelap di Pura Kencana, Sri Gading, ketika anggota penguat kuasa sedang menjalankan rondaan rutin di sekitar taman perumahan berkenaan.

Pasukan penguat kuasa bertindak meletakkan kenderaan rasmi di bahagian belakang kereta suspek bagi menyekat sebarang percubaan melarikan diri sebelum menghampiri kenderaan yang dikesan masih dihidupkan enjinnya tetapi tidak menyalakan lampu.

Semasa cermin kereta diketuk, pemandu kenderaan berkenaan cuba mengundurkan kereta secara mengejut untuk meloloskan diri, namun terhenti selepas mendapati laluan mereka telah dihalang oleh van pihak berkuasa.

Pemeriksaan fizikal sejurus pintu kenderaan dibuka mendapati suspek lelaki yang bekerja di Batu Pahat berada di tempat duduk pemandu hanya memakai baju-T tanpa seluar, manakala remaja perempuan yang masih bersekolah ditemui di tempat duduk belakang tanpa sebarang baju bersama pakaiannya yang ditinggalkan di atas kerusi.

Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki menjemput remaja terbabit sebelum mereka meronda di sekitar kawasan berkenaan untuk mencari lokasi terselindung, dan kesemua mereka kini ditahan bagi membolehkan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 24 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 atas kesalahan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

+ - reset