Berita Berita
Warga emas maut digilis bas ketika melintas jalan menuju terminal bas di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU 30 Okt – Hasrat seorang warga emas untuk menuju ke Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas dilanggar sebuah bas berhampiran laluan masuk terminal berkenaan, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.28 tengah hari di Jalan Masjid Abidin itu, mangsa, Mat Ghani Mamat, 77, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah bas sedang membelok ke kanan untuk memasuki laluan terminal berkenaan.
Menurutnya, mangsa dipercayai secara tiba-tiba melintas jalan dari arah kiri ke kanan ketika bas menghampiri kawasan itu.
"Akibat jarak terlalu dekat, pemandu bas berusia 66 tahun itu tidak sempat mengelak sebelum melanggar mangsa.
"Bas terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Besut menuju ke Terminal Bas MBKT, manakala mangsa pula datang dari arah sebuah kedai makan menuju ke terminal berkenaan," katanya.
Azli berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi tindakan lanjut.
Menurutnya, lokasi kemalangan merupakan kawasan jalan berselekoh dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Beliau berkata, bas yang terbabit dalam kemalangan itu turut dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
October 30, 2026, 6:13 pm
Tak gelap mata, lelaki serah RM19,300 ditemui di lokasi kemalangan kepada polis
October 30, 2026, 5:49 pm
KPT benarkan PdP dalam talian, hibrid untuk semua IPTA selama sembilan hari sempena Deepavali
October 30, 2026, 5:26 pm
‘Tak ada syarat sokong kerajaan’ - Anwar jamin ada peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang
October 30, 2026, 5:11 pm
PRN Melaka: Rafizi ramai pengundi atas pagar jadi penentu, sokongan parti utama belum cukup kukuh
October 30, 2026, 2:34 pm
Pasangan kekasih ditahan JAINJ dalam keadaan separuh bogel di tempat letak kenderaan Sri Gading
October 30, 2026, 2:30 pm
Bekas anggota polis bangkit semula laporan dakwaan serangan 2015 terhadap Shuhaily demi keadilan
October 30, 2026, 2:19 pm
