Berita Berita
Tak gelap mata, lelaki serah RM19,300 ditemui di lokasi kemalangan kepada polis
SETIU 30 Okt – Tindakan seorang lelaki menyerahkan wang tunai berjumlah RM19,300 yang ditemuinya berhampiran sebuah kenderaan terbabit kemalangan mendapat penghargaan daripada Polis Daerah Setiu.
Lelaki berkenaan, Hamid Samat, memilih untuk menyerahkan wang tersebut kepada pihak berkuasa bagi memastikan ia dapat dikembalikan kepada pemilik yang berhak.
Menerusi perkongsian di Facebook, Polis Daerah Setiu memaklumkan Hamid menemukan wang tunai itu di dalam sebuah beg plastik berwarna hijau ketika berada di lokasi kemalangan baru-baru ini.
Menurut polis, Hamid ketika itu berada di kawasan kejadian untuk melihat keadaan sebuah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan sebelum menyedari kewujudan beg berkenaan.
Tanpa mengambil kesempatan terhadap penemuan tersebut, beliau menyerahkan wang itu kepada Pegawai Bertugas (OCS) Balai Polis Sungai Tong untuk tindakan lanjut.
“Ketika berada di lokasi kejadian untuk melihat keadaan kenderaan berkenaan, Hamid telah mengambil tindakan yang bertanggungjawab dengan menyerahkan wang tersebut kepada Pegawai Bertugas (OCS) Balai Polis Sungai Tong untuk tindakan lanjut.
“Hasil tindakan tersebut, wang berkenaan berjaya diserahkan semula kepada waris yang berhak,” katanya.
Susulan tindakan terpuji itu, Polis Daerah Setiu mengadakan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Hamid di Pejabat Ketua Polis Daerah Setiu sebagai pengiktirafan terhadap kejujuran dan integritinya.
“Polis Daerah Setiu telah mengadakan penyerahan sijil penghargaan kepada seorang orang awam, Encik Hamid bin Samat, bertempat di Pejabat Ketua Polis Daerah Setiu sebagai tanda pengiktirafan atas kejujuran dan integriti yang telah ditunjukkan oleh beliau,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, pihak polis menyifatkan tindakan Hamid sebagai contoh teladan yang wajar diikuti masyarakat, khususnya dalam mengamalkan nilai amanah dan kejujuran dalam kehidupan seharian.
Menurut polis, integriti bukan sekadar nilai yang diperkatakan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan ikhlas dan beretika.
Majlis penyampaian sijil penghargaan itu turut dihadiri Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd Zain dan Timbalan Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ahmad Badrul Hisyam Ghazali.
Turut hadir ialah KBST, Inspektor Tengku Hazlan Tengku Hazmi, Ketua Polis Balai Sungai Tong serta dua anggota trafik.
Berita berkaitan
October 30, 2026, 6:42 pm
CSA: 'Politik ada tempat dan waktunya, kini masa bangunkan negara’ – Yuneswaran
October 30, 2026, 5:49 pm
KPT benarkan PdP dalam talian, hibrid untuk semua IPTA selama sembilan hari sempena Deepavali
October 30, 2026, 5:37 pm
Warga emas maut digilis bas ketika melintas jalan menuju terminal bas di Kuala Terengganu
October 30, 2026, 5:26 pm
‘Tak ada syarat sokong kerajaan’ - Anwar jamin ada peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang
October 30, 2026, 5:11 pm
PRN Melaka: Rafizi ramai pengundi atas pagar jadi penentu, sokongan parti utama belum cukup kukuh
October 30, 2026, 2:34 pm
Pasangan kekasih ditahan JAINJ dalam keadaan separuh bogel di tempat letak kenderaan Sri Gading
October 30, 2026, 2:30 pm
