TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Solat Jumaat di Masjid Jamek Kuala Klawang diganti solat Zuhur susulan peletakan jawatan imam

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN, 30 Okt. – Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu tidak melaksanakan solat Jumaat hari ini, sebaliknya para jemaah diminta menunaikan solat Zuhur susulan tindakan imam bertauliah masjid berkenaan meletakkan jawatan pada Selasa lalu.

Peletakan jawatan terbabit dipercayai berpunca daripada bantahan terhadap arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang mewajibkan bacaan nama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Azrin Khairi yang dikaitkan dengan kedudukan Undang Luak Jelebu baharu dalam teks khutbah Jumaat.

Menerusi surat arahan bertarikh 26 Oktober, JHEAINS mengarahkan semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat memastikan khatib menggunakan teks rasmi keluaran jabatan berkenaan yang dimandatkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Kegagalan mematuhi arahan penyamapaian teks khutbah rasmi terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 113A(2) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Beberapa penduduk tempatan mengesahkan pembatalan solat Jumaat di masjid berkenaan hari ini, manakala pihak media masih berusaha mendapatkan pengesahan lanjut daripada JHEAINS dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

+ - reset