Berita Berita
MOF tangguh kontrak baharu jalan luar bandar elak tunggakan bayaran, bukannya batal projek
KUALA LUMPUR, 30 Okt. – Kementerian Kewangan (MOF) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan pembatalan projek jalan luar bandar, sebaliknya hanya menangguhkan penawaran kontrak baharu demi mengelakkan peningkatkan tunggakan bayaran kepada kontraktor.
Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjelaskan bahawa langkah penangguhan terbabit diambil berikutan perbelanjaan pembangunan jalan luar bandar yang melepasi peruntukan asal diluluskan Parlimen setiap tahun sejak 2022.
Beliau menerusi rakaman video di laman sosialnya menepis dakwaan bahawa peruntukan jalan luar bandar bagi Sabah dan Sarawak sengaja dikurangkan, sambil menegaskan bahawa perbelanjaan sebenar sektor berkenaan meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM11 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2027 berbanding RM3.7 bilion pada tempoh 2018 hingga 2022.
Bagi menguruskan komitmen kewangan berkenaan, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan perbelanjaan tambahan sebanyak RM500 juta bagi tahun 2026 menerusi penjimatan peruntukan pembangunan kementerian lain untuk menjelaskan tunggakan bayaran kontraktor.
Tengku Zafrul turut mengingatkan pelbagai pihak agar tidak menjadikan isu pembangunan di Sabah dan Sarawak sebagai modal politik, sambil mengesahkan Belanjawan 2027 memperuntukkan RM2.27 bilion bagi jalan luar bandar serta RM34.9 bilion khusus untuk kedua-dua negeri terbabit. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 30, 2026, 8:23 pm
Polis siasat insiden cermin tren KTMB pecah dalam perjalanan ke Alor Setar
October 30, 2026, 8:19 pm
Akaun Fleksibel bukan jawapan lengkap masalah pencarum KWSP terdesak - PGIRM
October 30, 2026, 8:11 pm
Solat Jumaat di Masjid Jamek Kuala Klawang diganti solat Zuhur susulan peletakan jawatan imam
October 30, 2026, 7:28 pm
JMB tidak boleh larang penghuni bela haiwan, bekas atlet Olimpik menang kes pertahan tiga kucing
October 30, 2026, 6:42 pm
CSA: 'Politik ada tempat dan waktunya, kini masa bangunkan negara’ – Yuneswaran
October 30, 2026, 6:13 pm
Tak gelap mata, lelaki serah RM19,300 ditemui di lokasi kemalangan kepada polis
October 30, 2026, 5:49 pm
