TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat insiden cermin tren KTMB pecah dalam perjalanan ke Alor Setar

By
|
Kongsi
image

ARAU, 30 Okt. – Pihak polis dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan siasatan berhubung insiden cermin tingkap sebuah koc tren yang pecah semasa dalam perjalanan dari Stesen Arau menuju ke Alor Setar semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi mengesahkan penerimaan laporan berhubung kejadian berkenaan di Balai Polis Arau pada jam 12.30 tengah hari tadi dan mengesahkan siasatan sedang dijalankan.

Insiden terbabit menjadi tular di platform Threads selepas beberapa penumpang mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat secara tiba-tiba sebelum mendapati cermin di bahagian kiri koc berkenaan retak dan mengalami kerosakan.

KTMB menerusi kenyataan rasmi memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan akan segera dilaksanakan demi menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna sepanjang perkhidmatan.

Sambil memandang serius kejadian berkenaan, KTMB turut mengingatkan orang ramai bahawa sebarang perbuatan vandalisme terhadap aset kereta api bukan sahaja merosakkan harta benda, malah berpotensi mengancam nyawa penumpang. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset