TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Akaun Fleksibel bukan jawapan lengkap masalah pencarum KWSP terdesak - PGIRM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 30 Okt. – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menegaskan bahawa kemudahan Akaun Fleksibel KWSP bergantung sepenuhnya kepada baki yang tersedia dan tidak secara automatik menyelesaikan kesukaran pelbagai kelompok pencarum terdesak.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir mengulas jawapan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam perbahasan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat semalam, dengan menyatakan bahawa keupayaan akaun terbabit amat terhad bagi pencarum yang hilang pekerjaan, pekerja gig, pesakit kronik, suri rumah serta pencarum tidak aktif.

Beliau memaklumkan bahawa PGIRM telah mengemukakan Kertas Dasar KWSP Bersasar kepada Pejabat Perdana Menteri pada 11 September lalu yang menggariskan cadangan pengeluaran berlandaskan empat prinsip iaitu bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal.

PGIRM menggesa kerajaan agar meneliti mekanisme cadangan berkenaan melalui kajian rasmi dan data penilaian impak yang menyeluruh, selain memohon penjelasan secara terbuka sekiranya cadangan terbabit tidak dipersetujui.

Azmi turut mengingatkan bahawa perlindungan simpanan hari tua dan keperluan kelangsungan hidup pencarum ketika ini tidak seharusnya dilihat sebagai dua perkara yang saling menafikan, sebaliknya perlu ditangani secara berhemah dan berfakta. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset