Berita Berita
ADUN Guar Chempedak, anak terlibat kemalangan
YAN 01 NOVEMBER - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan anak lelakinya terlibat dalam kemalangan di Ulu Sedaka di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang mereka naiki dilaporkan terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sedaka.
Susulan kemalangan tersebut mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan, begitu juga pemandu Perodua Myvi yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Aikap Dunding berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.41 pagi.
Menurutnya, susulan maklumat tersebut, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan mengarahkan anggota kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian sebelum memaklumkan insiden itu kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
“Hasil maklumat daripada anggota MPV mendapati pemandu Proton X50 itu ialah anak lelaki ADUN Guar Chempedak yang berusia 32 tahun, manakala Abdul Ghafar merupakan penumpang kenderaan tersebut.
“Ketiga-tiga individu yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Terdahulu, kejadian berkenaan turut dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook oleh kumpulan Kaki Jalan 66's yang berada di daerah itu bagi menyertai program Explore Ride Yan Kedah.
Menerusi hantaran tersebut, kumpulan berkenaan memaklumkan bahawa Abdul Ghafar sepatutnya menyertai mereka untuk bersarapan di sebuah gerai roti canai sebelum kejadian berlaku.
Mereka turut mendoakan agar ADUN berkenaan dan anaknya segera pulih.
Berita berkaitan
November 2, 2026, 1:31 pm
Pengasas BananaBro, Boat Noodle Tony Lim meninggal dunia
November 2, 2026, 12:05 pm
‘Laporkan terus jika syak pusat sembelihan langgar piawaian halal’ - Amirudin
November 2, 2026, 10:21 am
Polis siasat sekumpulan individu larikan penghuni pusat pemulihan dadah, arak di Klang
November 2, 2026, 10:04 am
Dana Inovasi Media 2.0 pemangkin daya saing industri, perkasakan keutuhan kewartawanan
November 2, 2026, 9:56 am
Masih ada rakyat Malaysia tak fasih bahasa Melayu walaupun negara sudah 69 tahun merdeka - Kok Seong
November 2, 2026, 9:36 am
Najib belum jelaskan denda RM50 juta - Peguam Negara
November 1, 2026, 6:57 pm
