Berita Berita
Dana Inovasi Media 2.0 pemangkin daya saing industri, perkasakan keutuhan kewartawanan
KUALA LUMPUR, 2 Nov. – Pengenalan Dana Inovasi Media 2.0 berfungsi sebagai pemangkin penting dalam memperkasakan daya saing syarikat media tempatan, meningkatkan keupayaan teknologi, serta memastikan kelangsungan industri mendepani cabaran landskap digital.
Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMM), Tan Sri Nallini Pathmanathan menyifatkan dana terbabit sebagai langkah tepat pada masanya ketika industri bergelut dengan kepesatan kecerdasan buatan (AI) dan persaingan platform digital, selain menyokong peringatan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil agar majikan penerima dana tidak memberhentikan pekerja sewenang-wenangnya memandangkan peranan manusiawi wartawan tetap penting dalam menyampaikan berita sahih.
Ketua Pengarang Kumpulan Media Chinese International Limited (MCIL) (Malaysia), Datuk Kuik Cheng Kang pula mengakuiil tizam kerajaan membantu transformasi media, tetapi menegaskan realiti pahit bahawa pendapatan digital masih belum menampung kos operasi bilik berita yang lengkap, sekali gus menyarankan kerajaan turut membantu merangka model perniagaan mampan agar fungsi media sebagai kuasa semak dan imbang tidak terhakis.
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Malaysia Tribune, Sharaimei Shaik Ahmedullah menganggap dana berkenaan sebagai talian sokongan penting untuk mempertingkat kemahiran tenaga kerja dan kecekapan operasi portal digital, di samping menyambut baik syarat pengekalan pekerja demi melindungi kebajikan pengamal media.
Peruntukan RM30 juta di bawah Dana Inovasi Media 2.0 yang diumumkan Fahmi Jumaat lalu merupakan kesinambungan inisiatif yang dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA), dengan menawarkan lima skop pembiayaan merangkumi latihan, perisian dan adaptasi teknologi, peralatan hardware, penyelidikan kandungan, serta langganan perkhidmatan berita.
Permohonan bagi dana berkenaan telah mula dibuka semalam sehingga 14 November ini menerusi laman sesawang rasmi Kementerian Komunikasi. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 2, 2026, 1:31 pm
Pengasas BananaBro, Boat Noodle Tony Lim meninggal dunia
November 2, 2026, 12:05 pm
‘Laporkan terus jika syak pusat sembelihan langgar piawaian halal’ - Amirudin
November 2, 2026, 10:21 am
Polis siasat sekumpulan individu larikan penghuni pusat pemulihan dadah, arak di Klang
November 2, 2026, 9:56 am
Masih ada rakyat Malaysia tak fasih bahasa Melayu walaupun negara sudah 69 tahun merdeka - Kok Seong
November 2, 2026, 9:36 am
Najib belum jelaskan denda RM50 juta - Peguam Negara
November 1, 2026, 6:57 pm
Abdul Hadi titip doa buat Tun Siti Hasmah lepas ziarah Tun M
November 1, 2026, 6:42 pm
