Berita Berita
‘Laporkan terus jika syak pusat sembelihan langgar piawaian halal’ - Amirudin
SHAH ALAM 2 November – Semua pusat penyembelihan ayam di Selangor perlu menjalani pemantauan dan pemeriksaan lebih ketat bagi memastikan operasi mereka mematuhi piawaian halal yang ditetapkan serta tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu perlu diberi perhatian susulan pembongkaran sebuah pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam tanpa sijil halal di Puchong, baru-baru ini.
Menurutnya, pemeriksaan secara berkala perlu dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jabatan agama Islam negeri dan agensi penguat kuasa bagi memastikan semua pengusaha mematuhi prosedur penyembelihan mengikut hukum syarak.
“Pihak pengeluar sijil (Jakim dan jabatan agama Islam negeri) dan pihak berkuasa untuk buat pemantauan berkala ke atas pusat ini supaya pusat ini ikut piawaian yang ditetapkan dua jabatan ini.
“Saya juga minta orang ramai membuat aduan sekiranya mengesyaki ada pusat penyembelihan menjalankan operasi tidak mengikut piawaian halal,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program pemberian makanan nutrisi Nutrisi Selangor (Nutrisel) di Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) Seksyen 19, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Amirudin turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha yang didapati melanggar undang-undang berkaitan operasi penyembelihan dan pemprosesan ayam.
Terdahulu, media melaporkan seramai 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan ditahan menerusi Op Taring Chiller dalam serbuan di sebuah gudang pemprosesan dan penyembelihan ayam di Puchong, baru-baru ini.
Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 12.40 tengah malam itu membongkar kegiatan pemprosesan ayam yang disyaki tidak mematuhi syarat pensijilan halal.
Berita berkaitan
November 2, 2026, 1:31 pm
Pengasas BananaBro, Boat Noodle Tony Lim meninggal dunia
November 2, 2026, 10:21 am
Polis siasat sekumpulan individu larikan penghuni pusat pemulihan dadah, arak di Klang
November 2, 2026, 10:04 am
Dana Inovasi Media 2.0 pemangkin daya saing industri, perkasakan keutuhan kewartawanan
November 2, 2026, 9:56 am
Masih ada rakyat Malaysia tak fasih bahasa Melayu walaupun negara sudah 69 tahun merdeka - Kok Seong
November 2, 2026, 9:36 am
Najib belum jelaskan denda RM50 juta - Peguam Negara
November 1, 2026, 6:57 pm
Abdul Hadi titip doa buat Tun Siti Hasmah lepas ziarah Tun M
November 1, 2026, 6:42 pm
