Berita Berita
Najib belum jelaskan denda RM50 juta - Peguam Negara
KOTA BHARU, 2 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum menjelaskan denda berjumlah RM50 juta berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan perkara terbabit kepada pemberita selepas merasmikan Program Sekolah Angkat Madani AGC di sini semalam.
Mohd Dusuki turut mengesahkan bahawa Najib perlu menjalani baki hukuman pemenjaraan sekiranya denda berkenaan gagal dijelaskan mengikut syarat yang ditetapkan.
Terdahulu pada 18 September, Yang di-Pertuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim telah mengurniakan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada penyelesaian bayaran denda RM50 juta terbabit.
Dalam perkembangan berasingan, Mohd Dusuki memaklumkan AGC sedang meneliti kebolehan mengemukakan semula pertuduhan membunuh terhadap seorang pegawai kanan polis, DSP Mohd Nazri Abdul Razak berhubung kes kematian pelajar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie selepas mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh minggu lalu. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 2, 2026, 1:31 pm
Pengasas BananaBro, Boat Noodle Tony Lim meninggal dunia
November 2, 2026, 12:05 pm
‘Laporkan terus jika syak pusat sembelihan langgar piawaian halal’ - Amirudin
November 2, 2026, 10:21 am
Polis siasat sekumpulan individu larikan penghuni pusat pemulihan dadah, arak di Klang
November 2, 2026, 10:04 am
Dana Inovasi Media 2.0 pemangkin daya saing industri, perkasakan keutuhan kewartawanan
November 2, 2026, 9:56 am
Masih ada rakyat Malaysia tak fasih bahasa Melayu walaupun negara sudah 69 tahun merdeka - Kok Seong
November 1, 2026, 6:57 pm
Abdul Hadi titip doa buat Tun Siti Hasmah lepas ziarah Tun M
November 1, 2026, 6:42 pm
