Berita Berita
Abdul Hadi titip doa buat Tun Siti Hasmah lepas ziarah Tun M
KUALA LUMPUR 01 NOVEMBER - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Seri Kembangan, pagi tadi.
Melalui catatan di Facebook hari ini, Abdul Hadi berkata, beliau mendoakan Dr Mahathir terus bersabar selepas pemergian isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 28 September lalu.
Beliau turut mendoakan Allahyarham Dr Siti Hasmah sentiasa beroleh kebaikan berterusan.
“Saya ucapkan kepada Tun Dr Mahathir dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW.
“Sesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil, bagi Allah jua apa yang Dia berikan, setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala,” katanya.
Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu pada usia 100 tahun.
Allahyarham dikebumikan dengan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
Berita berkaitan
November 2, 2026, 1:31 pm
Pengasas BananaBro, Boat Noodle Tony Lim meninggal dunia
November 2, 2026, 12:05 pm
‘Laporkan terus jika syak pusat sembelihan langgar piawaian halal’ - Amirudin
November 2, 2026, 10:21 am
Polis siasat sekumpulan individu larikan penghuni pusat pemulihan dadah, arak di Klang
November 2, 2026, 10:04 am
Dana Inovasi Media 2.0 pemangkin daya saing industri, perkasakan keutuhan kewartawanan
November 2, 2026, 9:56 am
Masih ada rakyat Malaysia tak fasih bahasa Melayu walaupun negara sudah 69 tahun merdeka - Kok Seong
November 2, 2026, 9:36 am
Najib belum jelaskan denda RM50 juta - Peguam Negara
November 1, 2026, 6:42 pm
