TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bomba selamatkan wanita terkandas banjir kilat di Jalan Pantai Baharu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 2 Nov. – Seorang wanita tempatan berjaya diselamatkan selepas kenderaan jenis Mini Cooper yang dinaikinya terkandas dalam kejadian banjir kilat di Jalan Pantai Baharu berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) menerusi kenyataan rasmi memaklumkan bahawa sebuah jentera bersama enam anggota serta kenderaan utiliti dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 petang.

Selain Mini Cooper terbabit, sebuah lagi kenderaan jenis BMW turut dilaporkan terkandas di laluan berkenaan akibat kenaikan air secara mendadak.

Anggota bomba bertindak pantas membawa mangsa wanita berkenaan ke lokasi selamat sebelum mengesahkan keadaan persekitaran terkawal.

Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4 petang selepas keselamatan di lokasi dipastikan sepenuhnya.

+ - reset