Berita Berita
KPM tingkat persediaan hadapi banjir untuk calon SPM
KUALA NERUS, 2 Nov. – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertingkat persediaan mendepani Monsun Timur Laut menerusi pelaksanaan Operasi Payung bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan dengan selamat dan selesa.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Datuk Zainal Abas memaklumkan bahawa susunan khas akan disediakan bagi calon terjejas, termasuk memindahkan calon dari kawasan pulau di Terengganu ke sekolah berasrama penuh di tanah besar untuk mengelakkan risiko meredah laut bergelora sepanjang musim tengkujuh.
Beliau yang ditemui selepas majlis Anugerah Terafecta Digital Luminaries Negeri Terengganu di Dewan Jubli Perak hari ini turut menjelaskan bahawa KPM mendapat kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi peruntukan RM7 juta bagi menaik taraf kemudahan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), selain tambahan RM5 juta bagi usaha pascabencana.
Bagi mengawal kesejahteraan emosi dan akademik murid terjejas, KPM sedia menggerakkan Smart Support Team (SST) bagi sokongan kesihatan mental serta Academic Support Team (AST) untuk bantuan pembelajaran di PPS sepanjang tempoh peperiksaan dan cuti sekolah.
Zainal turut menasihati ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak-anak supaya tidak bermain air banjir atau longkang demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini sepanjang Monsun Timur Laut yang bermula 27 Oktober lalu hingga Mac 2027, menjelang peperiksaan bertulis SPM yang dijadualkan dari 23 November hingga 17 Disember ini. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 2, 2026, 8:49 pm
Bukan sekadar belajar memasak, ChefMuda Mahsuri bantu 35 anak muda B40 ubah masa depan sejak 2023
November 2, 2026, 8:18 pm
Kes kematian tahanan Noorizwan, polis siasat dakwaan peguam ganggu doktor forensik
November 2, 2026, 7:36 pm
Syed Saddiq tuntut penjelasan status siasatan 'mafia korporat'
November 2, 2026, 7:36 pm
Caprice diperintah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta
November 2, 2026, 7:30 pm
Jakim digesa jelaskan tindakan isu kilang ayam tanpa sijil halal di Puchong
November 2, 2026, 7:21 pm
Warga emas cedera ditumbuk peragut ketika berjalan ke masjid di Dungun
November 2, 2026, 7:20 pm
Hujan lebat, tanah runtuh di kawasan parkir Pangsapuri Seri Nilam di Shah Alam
November 2, 2026, 7:11 pm
Bomba selamatkan wanita terkandas banjir kilat di Jalan Pantai Baharu
November 2, 2026, 6:06 pm
