TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hujan lebat, tanah runtuh di kawasan parkir Pangsapuri Seri Nilam di Shah Alam

By
|
Kongsi
image

 

SHAH ALAM 2 November - Kawasan parkir kenderaan berhampiran Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Sigma U6/14, Subang Permata di sini mengalami kejadian tanah runtuh pada petang Isnin.

Kejadian itu menyebabkan sebahagian kawasan parkir terjejas, sekali gus memerlukan tindakan pemantauan dan pemasangan sawar keselamatan bagi mengelakkan kenderaan memasuki kawasan runtuhan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada jam 4.17 petang.

Menurutnya, sepasukan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai berkenaan.

"Anggota bomba tiba di lokasi pada jam 4.35 petang mendapati terdapat kejadian tanah runtuh di bahagian parkir kereta dengan anggaran keluasan kawasan terjejas kira-kira 200 x 6 kaki persegi.

"Anggota bomba kemudian melakukan pemantauan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada unsur bahaya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ashrul Riezal berkata, anggota bomba turut memasang sawar keselamatan di sekitar kawasan terjejas bagi menghalang kenderaan daripada menghampiri lokasi runtuhan.

Langkah itu diambil sebagai tindakan pencegahan bagi memastikan keselamatan pengguna kawasan parkir berkenaan.

"Operasi dilaporkan terkawal pada jam 4.45 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 5 petang," katanya.

+ - reset