Berita Berita
Kes kematian tahanan Noorizwan, polis siasat dakwaan peguam ganggu doktor forensik
KUALA LUMPUR 2 November – Polis membuka siasatan terhadap dakwaan beberapa peguam mengganggu seorang doktor pakar forensik yang terlibat dalam kes kematian tahanan, Noorizwan Zulkefly.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar berkata, siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat sendiri oleh doktor berkenaan.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 186 dan Seksyen 189 Kanun Keseksaan yang masing-masing berkaitan ugutan jenayah, menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta ugutan terhadap penjawat awam.
“Doktor berkenaan merupakan seorang penjawat awam dan laporan polis diterima daripada beliau. Siasatan masih berjalan dan pihak polis sedang merakam keterangan pihak berkaitan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Kumar berkata, setakat ini polis sudah merakam keterangan doktor terbabit bersama tiga peguam yang dikaitkan dengan dakwaan berkenaan.
Katanya, pihak penyiasat turut mengambil keterangan ahli keluarga Noorizwan bagi membantu siasatan lanjut.
Dalam perkembangan berkaitan, Kumar memaklumkan kertas siasatan berhubung kematian Noorizwan dijangka dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Rabu ini untuk tindakan selanjutnya.
Sebelum ini, siasatan kematian tahanan berkenaan diambil alih oleh Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan.
Keputusan itu dibuat selepas rakaman percakapan Pakar Perunding Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz mendapati terdapat beberapa kecederaan luaran pada tubuh Noorizwan.
Hasil pemeriksaan menunjukkan corak kecederaan berkenaan selari dengan trauma tumpul dan bukan berpunca daripada perbuatan sendiri.
Bagaimanapun, punca sebenar kematian Noorizwan masih belum dapat dimuktamadkan berikutan laporan lengkap bedah siasat belum diperoleh.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini masih menunggu laporan dan maklumat lanjut bagi melengkapkan siasatan sebelum tindakan susulan diputuskan.
Berita berkaitan
November 2, 2026, 8:49 pm
Bukan sekadar belajar memasak, ChefMuda Mahsuri bantu 35 anak muda B40 ubah masa depan sejak 2023
November 2, 2026, 7:36 pm
Syed Saddiq tuntut penjelasan status siasatan 'mafia korporat'
November 2, 2026, 7:36 pm
Caprice diperintah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta
November 2, 2026, 7:30 pm
Jakim digesa jelaskan tindakan isu kilang ayam tanpa sijil halal di Puchong
November 2, 2026, 7:21 pm
Warga emas cedera ditumbuk peragut ketika berjalan ke masjid di Dungun
November 2, 2026, 7:20 pm
Hujan lebat, tanah runtuh di kawasan parkir Pangsapuri Seri Nilam di Shah Alam
November 2, 2026, 7:16 pm
KPM tingkat persediaan hadapi banjir untuk calon SPM
November 2, 2026, 7:11 pm
Bomba selamatkan wanita terkandas banjir kilat di Jalan Pantai Baharu
November 2, 2026, 6:06 pm
