TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jakim digesa jelaskan tindakan isu kilang ayam tanpa sijil halal di Puchong

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 2 Nov. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa untuk memberikan penjelasan menyeluruh berhubung tindakan susulan terhadap kegiatan pemprosesan ayam tanpa sijil halal yang dikesan dalam serbuan di sebuah kilang di Puchong.

Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) membangkitkan perkara terbabit semasa membahaskan Belanjawan 2027 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini susulan kebimbangan terhadap pengedaran bekalan ayam terbabit ke kedai, restoran dan pasar raya di sekitar Lembah Klang.

Tindakan berkenaan menyusul selepas pendedahan berhubung sebuah kilang di Kampung Sri Aman Hilir, Puchong yang memproses kira-kira 40,000 ekor ayam sehari dengan menggunakan kaedah renjatan elektrik rendaman air melebihi had ditetapkan yang menimbulkan keraguan serius dari segi pematuhan hukum syarak.

Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Abdul Halim mengesahkan bahawa pemeriksaan awal menemui pengurusan penyembelihan yang mencurigakan, selain memaklumkan teguran terdahulu daripada Jakim masih gagal dipatuhi premis terbabit.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 6,555 kilogram ayam mentah dianggarkan bernilai RM85,400 telah dirampas oleh pihak berkuasa. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset