Berita Berita
Caprice diperintah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta
SHAH ALAM, 2 Nov. – Penyanyi rap dan pesohor dalam talian, Caprice diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada penceramah Ebit Lew secara serta-merta selepas Mahkamah Sesyen menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran berkenaan.
Hakim Zuhrina Mohamed Nor mengarahkan Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 40, memasukkan wang ganti rugi terbabit ke dalam akaun peguam Ebit selain membayar kos prosiding sebanyak RM2,000.
Keputusan itu menyusul selepas mahkamah sebelum ini mendapati Caprice menfitnah Ebit, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 42, menerusi rakaman video yang dimuat naik pada 15 September 2023 bersama pesohor dari Indonesia, Mondy Tattoo.
Selain bayaran ganti rugi dan permohonan maaf, mahkamah mengarahkan Caprice memadamkan tujuh kenyataan berkaitan Mondy dalam tempoh 48 jam serta melarangnya membuat sebarang ulasan atau kenyataan lanjut berhubung Ebit.
Tindakan undang-undang berkenaan diambil Ebit selepas video terbabit memberi gambaran bahawa beliau melakukan gangguan seksual, mengambil kesempatan terhadap Mondy, serta mengeksploitasi agama, selain mencetuskan kecaman dan penghinaan daripada pengikut akaun YouTube Caprice tanpa sebarang pengesahan terlebih dahulu. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 2, 2026, 8:49 pm
Bukan sekadar belajar memasak, ChefMuda Mahsuri bantu 35 anak muda B40 ubah masa depan sejak 2023
November 2, 2026, 8:18 pm
Kes kematian tahanan Noorizwan, polis siasat dakwaan peguam ganggu doktor forensik
November 2, 2026, 7:36 pm
Syed Saddiq tuntut penjelasan status siasatan 'mafia korporat'
November 2, 2026, 7:30 pm
Jakim digesa jelaskan tindakan isu kilang ayam tanpa sijil halal di Puchong
November 2, 2026, 7:21 pm
Warga emas cedera ditumbuk peragut ketika berjalan ke masjid di Dungun
November 2, 2026, 7:20 pm
Hujan lebat, tanah runtuh di kawasan parkir Pangsapuri Seri Nilam di Shah Alam
November 2, 2026, 7:16 pm
KPM tingkat persediaan hadapi banjir untuk calon SPM
November 2, 2026, 7:11 pm
Bomba selamatkan wanita terkandas banjir kilat di Jalan Pantai Baharu
November 2, 2026, 6:06 pm
