Berita Berita
Warga emas cedera ditumbuk peragut ketika berjalan ke masjid di Dungun
DUNGUN, 2 Nov. – Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun mengalami kecederaan selepas ditumbuk oleh seorang lelaki yang bertindak meragut gelang tangan emasnya ketika mangsa berjalan kaki menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh di Kampung Sura semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat mengesahkan kejadin berlaku kira-kira jam 5.35 pagi apabila suspek menumbuk pipi kiri mangsa sebanyak dua kali sebelum melarikan gelang tangan kanan wanita terbabit.
Suspek yang kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah motosikal berwarna biru telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian pipi dan bibir.
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.43 pagi Ahad dan kini giat mengesan suspek menerusi pengambilan keterangan saksi serta semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mendatangkan kecederaan semasa melakukan rompakan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 2, 2026, 8:49 pm
Bukan sekadar belajar memasak, ChefMuda Mahsuri bantu 35 anak muda B40 ubah masa depan sejak 2023
November 2, 2026, 8:18 pm
Kes kematian tahanan Noorizwan, polis siasat dakwaan peguam ganggu doktor forensik
November 2, 2026, 7:36 pm
Syed Saddiq tuntut penjelasan status siasatan 'mafia korporat'
November 2, 2026, 7:36 pm
Caprice diperintah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta
November 2, 2026, 7:30 pm
Jakim digesa jelaskan tindakan isu kilang ayam tanpa sijil halal di Puchong
November 2, 2026, 7:20 pm
Hujan lebat, tanah runtuh di kawasan parkir Pangsapuri Seri Nilam di Shah Alam
November 2, 2026, 7:16 pm
KPM tingkat persediaan hadapi banjir untuk calon SPM
November 2, 2026, 7:11 pm
Bomba selamatkan wanita terkandas banjir kilat di Jalan Pantai Baharu
November 2, 2026, 6:06 pm
