Berita Berita
Anwar tersentuh terima gambar kenangan PRU 1982 daripada pelajar sekolah di Parlimen
KUALA LUMPUR, 4 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terharu apabila menerima sekeping gambar nostalgia daripada seorang pelajar dari Alor Setar, Kedah yang merakamkan detik beliau meraikan kemenangan pertama di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1982.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau memaklumkan bahawa gambar berkenaan diserahkan oleh Zahra Mohamad Zelman yang menyapa beliau bersama rakan-rakannya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma semasa lawatan ke Parlimen hari ini.
Anwar menjelaskan bahawa foto terbabit merakamkan kenangan beliau diraikan oleh moyang kepada Zahra iaitu Allahyarham Arshad Ahmad selepas memenangi pilihan raya berkenaan, sambil mengimbau ingatan terhadap insan-insan yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang perjuangan beliau.
Semasa pertemuan terbabit, Perdana Menteri turut menyampaikan pesan serta mendoakan agar Zahra dan rakan-rakannya terus tekun menuntut ilmu, berani mengejar cita-cita dan tidak pernah berhenti berusaha. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 4, 2026, 11:49 am
Da’i Syed bebas tuduhan rogol, Mahkamah Rayuan ketepi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan
November 4, 2026, 10:52 am
Tak nampak bukan halangan urus duit, BSN keluar modul Braille bantu lebih 500 murid masalah penglihatan
November 4, 2026, 10:42 am
36 PATI ditahan dalam operasi khas Imigresen di Muar
November 4, 2026, 10:35 am
Bekas KP Pendidikan wanita pertama Tan Sri Asiah Abu Samah meninggal dunia
November 4, 2026, 10:25 am
Pesara guru rugi RM521,787 terpedaya pelaburan tidak wujud di Facebook
November 4, 2026, 10:20 am
Lelaki maut, rakan wanita cedera motosikal terlibat kemalangan dengan bas Rapid Penang
November 4, 2026, 10:13 am
Najib dijangka bayar denda RM50 juta bagi jalani tahanan di rumah
November 4, 2026, 10:10 am
