TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pesara guru rugi RM521,787 terpedaya pelaburan tidak wujud di Facebook

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU, 4 Nov. – Seorang pesara guru berusia 67 tahun berdepan kerugian bernilai RM521,787 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Facebook.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei memaklumkan bahawa mangsa tertarik dengan tawaran pulangan keuntungan sehingga 50 peratus daripada modal yang dilaburkan sejak 16 September lalu.

Mangsa yang mempercayai tawaran terbabit bertindak melakukan 16 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke enam akaun bank berbeza menggunakan wang simpanan peribadi antara 17 September hingga 29 Oktober lalu.

Siasatan mendapati pelbagai alasan digunakan untuk meminta bayaran tambahan termasuk modal pelaburan, pembukaan akaun, tandatangan ganti serta wang cagaran sebelum mangsa menyedari penipuan berkenaan lalu tampil membuat laporan polis pada Isnin.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer, manakala polis menasihati orang ramai agar membuat semakan menerusi portal semakmule.rmp.gov.my atau menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi mengelak menjadi mangsa scam. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset