TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bekas KP Pendidikan wanita pertama Tan Sri Asiah Abu Samah meninggal dunia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 4 Nov. – Bekas Ketua Pengarah Pendidikan wanita pertama negara, Tan Sri Asiah Abu Samah meninggal dunia pada usia 89 tahun akibat sakit jantung di Hospital KPJ Damansara jam 5 pagi hari ini.

Anak saudara Allahyarham, Shafinaz Shamsudin mengesahkan berita duka berkenaan dan memaklumkan bahawa urusan mandi serta kafan jenazah dijadualkan berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Jenazah Allahyarham akan disolatkan selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama dilantik memegang jawatan Ketua Pengarah di Kementerian Pendidikan pada 27 November 1991 sebelum bersara wajib pada tahun 1992.

Sepanjang kerjayanya yang bermula sebagai guru di Sekolah Penang Free pada tahun 1961, Allahyarham pernah berkhidmat di Institut Bahasa Lembah Pantai, Kolej Tunku Kurshiah, serta memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dan II. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset