TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut, rakan wanita cedera motosikal terlibat kemalangan dengan bas Rapid Penang

By
|
Kongsi
image

BAYAN LEPAS, 4 Nov. – Seorang lelaki maut manakala rakan wanitanya cedera selepas motosikal jenis Modenas yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas Rapid Penang di hadapan Sunshine Square 1, Jalan Mayang Pasir malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis memaklumkan bahawa mangsa, Goy Wee Sherng, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di bawah bahagian hadapan bas terbabit.

Rakan wanitanya yang berusia 23 tahun berjaya diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut, manakala pemandu bas serta lapan penumpang dilaporkan selamat dengan pemandu hanya mengalami kecederaan ringan.

Pengendali bas pengangkutan awam terbabit, Rapid Bus Sdn Bhd menerusi kenyataan rasmi menyatakan komitmen untuk memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung insiden yang melibatkan bas laluan 401E dari Terminal Bas Weld Quay menuju Balik Pulau itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut selepas operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.42 tengah malam. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset