TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KBS belum lulus HYROX Kuala Lumpur 2026 selagi syarikat alkohol jadi penaja

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 4 Nov. – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan meluluskan penganjuran acara sukan HYROX Kuala Lumpur 2026 selagi tajaan daripada syarikat minuman beralkohol bagi acara terbabit tidak ditarik balik sepenuhnya.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari memaklumkan bahawa permohonan penganjuran acara yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 13 Disember di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu masih dalam proses dan belum diluluskan.

Penegasan terbabit menyusul susulan penularan tangkap layar pengumuman sebuah syarikat minuman beralkohol sebagai rakan bir rasmi acara berkenaan yang bertentangan dengan Kod Sukan Selamat Edisi Ketiga 2024.

KBS menetapkan agar semua logo, cap dagangan serta bahan promosi tajaan berkenaan dikeluarkan daripada saluran rasmi dan lokasi pertandingan sebelum pertimbangan kelulusan dibuat, di samping mengingatkan bahawa Seksyen 36(1) Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] mewajibkan syarikat berlesen di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi mengelakkan implikasi denda atau penjara.

Ketetapan berkenaan ditegaskan terpakai kepada semua penganjur tanpa sebarang pengecualian bagi menjamin persekitaran sukan yang selamat dan sihat. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset