Berita Berita
Najib dijangka bayar denda RM50 juta bagi jalani tahanan di rumah
KUALA LUMPUR, 4 Nov. – Datuk Seri Najib Razak dilaporkan bakal melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan ke atas beliau bagi membolehkan pelaksanaan baki hukuman penjara dijalankan secara tahanan di rumah.
Sumber memaklumkan bahawa bayaran denda berkenaan dijangka dijelaskan oleh wakil bekas Ahli Parlimen Pekan itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Perkembangan terbabit menyusul selepas beliau menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 September lalu yang membenarkan baki hukuman dijalankan menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 4, 2026, 11:49 am
Da’i Syed bebas tuduhan rogol, Mahkamah Rayuan ketepi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan
November 4, 2026, 10:52 am
Tak nampak bukan halangan urus duit, BSN keluar modul Braille bantu lebih 500 murid masalah penglihatan
November 4, 2026, 10:42 am
36 PATI ditahan dalam operasi khas Imigresen di Muar
November 4, 2026, 10:35 am
Bekas KP Pendidikan wanita pertama Tan Sri Asiah Abu Samah meninggal dunia
November 4, 2026, 10:25 am
Pesara guru rugi RM521,787 terpedaya pelaburan tidak wujud di Facebook
November 4, 2026, 10:20 am
Lelaki maut, rakan wanita cedera motosikal terlibat kemalangan dengan bas Rapid Penang
November 4, 2026, 10:10 am
KBS belum lulus HYROX Kuala Lumpur 2026 selagi syarikat alkohol jadi penaja
November 4, 2026, 9:22 am
