Berita Berita
Anwar mahu lebih banyak produk Malaysia dijual di Daiso seluruh dunia
PELABUHAN KLANG 5 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih banyak produk buatan Malaysia dipasarkan di rangkaian kedai Daiso seluruh dunia, sekali gus membuka peluang kepada pengeluar tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
Beliau berkata, pembukaan pusat pengedaran global terbesar peruncit Jepun itu di Pulau Indah bukan sahaja memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab logistik antarabangsa, malah berpotensi memperluas penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global.
"Dalam jangka panjang, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, kita berharap dapat melihat lebih banyak produk buatan Malaysia berada di rak Daiso di seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembukaan rasmi pusat pengedaran global Daiso di Pulau Indah, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Duta Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata dan Pengerusi Kumpulan Daiso Malaysia, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
Menurut Anwar, pelaburan Daiso itu sudah memberi manfaat kepada syarikat tempatan termasuk PKT Logistics Group serta pengusaha pengangkutan yang terlibat dalam operasi pergudangan, pengangkutan kargo dan pengedaran.
"Ini membina keupayaan tempatan, menggalakkan pemindahan teknologi dan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk golongan belia," katanya.
Anwar berkata, pemilihan Malaysia sebagai lokasi pusat pengedaran global terbesar Daiso membuktikan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan ekonomi, keupayaan infrastruktur dan prospek pertumbuhan jangka panjang negara.
Katanya, kemudahan itu membolehkan produk untuk pasaran luar negara diasingkan, disimpan dan dibungkus semula di Malaysia sebelum diedarkan ke pelbagai destinasi antarabangsa.
"Pada tahun depan, sebuah keluarga di bandar raya global seperti Dubai, Manila atau Sao Paulo mungkin mengambil bekas penyimpanan, barangan kaca atau alat tulis Daiso yang diproses dan dibungkus di Pulau Indah, di sini," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memuji kejayaan menyiapkan pusat pengedaran berkenaan lebih awal daripada jadual serta dengan kos lebih rendah daripada peruntukan asal.
Menurutnya, pencapaian itu mencerminkan kecekapan syarikat, kontraktor dan sistem penyampaian perkhidmatan awam negara dalam memastikan pelaksanaan projek pelaburan berjalan lancar.
Anwar menegaskan, kerajaan akan terus menggalakkan pelaburan berkualiti yang bukan sahaja meningkatkan perdagangan antarabangsa, tetapi turut memberi manfaat langsung kepada perniagaan tempatan, memperkukuh pemindahan teknologi dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran kepada rakyat Malaysia.
Berita berkaitan
November 24, 2026, 9:58 am
KKR teliti cadangan lebuh raya bertol baharu atasi kesesakan Lebuhraya Persekutuan – Alexander Nanta
November 24, 2026, 9:51 am
Cubaan bawa lari sembilan PATI Myanmar gagal selepas SUV terbabas di Tanah Merah
November 24, 2026, 9:46 am
Wanita maut dirempuh pemandu Tesla disyaki mabuk, langgar lampu merah di Kulim
November 24, 2026, 9:28 am
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemukan terbenam dalam lumpur di Nibong Tebal
November 23, 2026, 10:10 pm
Ibu, dua anak maut MPV terbabas dalam perjalanan pulang hantar anak ke universiti
November 23, 2026, 9:32 pm
Asyraf Wajdi mengamuk! Dewan makan MRSM tun Ghafar Baba didakwa hidang pelajar ayam tak cukup masak
November 23, 2026, 9:21 pm
Baru hari pertama SPM, pelajar 17 tahun cedera terjatuh dari tingkat dua sekolah di Batu Pahat
November 23, 2026, 8:04 pm
Boleh rosak fungsi hati, KKM kesan racun dalam dua kosmetik, arah jualan dihentikan
November 23, 2026, 4:42 pm
