TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PN desak kandungan perjanjian CSA pembangkang, kerajaan didedahkan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 5 Nov. – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendesak agar kandungan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) yang ditandatangani beberapa ahli Parlimen pembangkang bersama kerajaan pada 31 Oktober lalu didedahkan secara terbuka kepada umum.

Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa pendedahan maklumat terbabit perlu merangkumi jumlah, kaedah dan pelaksanaan peruntukan kawasan, sebagaimana pendekatan Memorandum Persefahaman (MoU) yang pernah disiarkan secara terbuka sewaktu pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 62 ahli Parlimen daripada blok Perikatan Nasional (PN) tidak menerima sebarang tawaran rasmi bagi perjanjian CSA berkenaan daripada kerajaan.

Menurut beliau, draf asal CSA yang dikemukakan sebelum ini tidak menyatakan pemberian peruntukan sama rata seperti yang pernah dinikmati pembangkang pada tahun 2021, sebaliknya hanya menetapkan pengurusan dana mengikut tata cara dan tata kelola kawal selia sedia ada.

Pihak pembangkang menyifatkan ketelusan dalam mendedahkan dokumen berkenaan adalah penting sebagai prinsip kebertanggungjawaban serta keterbukaan pentadbiran negara kepada rakyat. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset