TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

213 rakyat Malaysia ditahan di luar negara jadi keldai dadah sejak 2024

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 5 Nov. – Seramai 213 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana disyaki menjadi keldai dadah bagi tempoh 2024 hingga September 2026 susulan taktik sindiket yang menyasarkan golongan muda termasuk pelajar dan graduan institusi pengajian tinggi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa sindiket terbabit memerangkap mangsa menerusi tawaran pekerjaan bergaji lumayan, pakej percutian, tiket penerbangan, penginapan serta imbuhan kewangan.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berhubung langkah bersepadu membanteras pengedaran dadah yang menyasarkan golongan muda serta penyalahgunaan platform e-dagang dan media sosial menerusi akaun palsu, e-dompet, dan perkhidmatan kurier secara tunai semasa penghantaran (COD).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM melaksanakan risikan serta pemantauan siber 24 jam dengan kerjasama MCMC, di mana sebanyak 47 akaun disekat pada 2025 dan 49 akaun lagi disekat setakat tahun 2026.

Kerajaan turut meneliti cadangan meminda Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi menyenaraikan bahan psikoaktif baharu (NPS) di samping memperkukuh kerjasama dengan institusi kewangan menerusi pendekatan follow the money serta risikan antarabangsa. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset