Berita Berita
Indonesia keluar fatwa haram vape, termasuk pengeluaran dan penjualan
JAKARTA 10 Nov - Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape susulan kebimbangan terhadap risiko kesihatan, pencemaran alam sekitar serta penyalahgunaan peranti berkenaan untuk pengambilan dadah.
Ketetapan itu turut merangkumi larangan terhadap aktiviti pengeluaran dan penjualan vape, selain penggunaannya bagi mengambil dadah, bahan psikotropik serta bahan ketagihan lain.
Ketua MUI Bidang Fatwa, Prof Asrorun Ni'am Sholeh berkata, keputusan berkenaan dibuat menerusi Fatwa MUI Nombor 131 Tahun 2026 yang diluluskan dalam sidang pleno badan ulama Islam utama Indonesia itu pada Jumaat lalu.
Menurutnya, fatwa berkenaan turut menggariskan 12 syor kepada pelbagai pihak, termasuk menggesa kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi melarang penggunaan vape serta mengenakan hukuman terhadap individu yang melanggar larangan itu.
"MUI turut menggesa kerajaan memperketat kawalan terhadap pengedaran vape, menyelaraskan dasar antara kementerian dan agensi berkaitan serta memperkukuh pengawasan oleh Badan Pengawas Obat dan Makanan, iaitu agensi kawal selia makanan dan ubat-ubatan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan.
Asrorun berkata, MUI turut mencadangkan supaya kerajaan tidak meluluskan lesen kepada industri vape bagi mengekang pengeluaran dan pengedarannya di negara berkenaan.
Selain itu, Badan Narkotik Nasional, iaitu agensi antidadah Indonesia, bersama pihak berkuasa berkaitan turut digesa memperhebat tindakan penguatkuasaan bagi membanteras penyalahgunaan vape sebagai medium pengambilan bahan terlarang.
Bagaimanapun, MUI menjelaskan bahawa fatwa berkenaan hanya berfungsi sebagai panduan hukum agama kepada umat Islam dan tidak secara automatik mempunyai kuat kuasa undang-undang di Indonesia.
Sehubungan itu, pelaksanaan larangan secara menyeluruh memerlukan tindakan lanjut pihak kerajaan melalui penggubalan peraturan atau undang-undang berkaitan.
Berita berkaitan
November 10, 2026, 8:13 pm
'Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal politik hingga rakyat hilang keyakinan' – Saifuddin
November 10, 2026, 7:44 pm
Tiada satu pun pertubuhan Rohingya diluluskan sebagai NGO di Malaysia – RoS
November 10, 2026, 6:34 pm
Najib lega akhirnya dibenar jalani tahanan rumah selepas lama menunggu
November 10, 2026, 6:10 pm
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta susulan keputusan tahanan rumah Najib
November 10, 2026, 5:24 pm
Najib jalani tahanan rumah petang ini, Mahkamah Tinggi keluar perintah baharu
November 10, 2026, 4:31 pm
Kunjung wanita dalam edah ketika cuti Deepavali, duda dicekup berkhalwat di bilik sewa
November 10, 2026, 4:21 pm
Ganti kereta mainan rosak: Kanak-kanak terima RM50 daripada PM Anwar beli mainan baharu
November 10, 2026, 4:16 pm
