TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kunjung wanita dalam edah ketika cuti Deepavali, duda dicekup berkhalwat di bilik sewa

By
|
Kongsi
image

KLUANG, 10 Nov. – Tindakan seorang lelaki berstatus duda mengunjungi seorang wanita yang masih dalam tempoh edah di sebuah bilik sewa rumah kedai di sini membawa padah apabila mereka dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat.

Pasangan berumur 27 dan 26 tahun itu ditahan dalam siri pemeriksaan pada jam 12.15 tengah malam susulan aduan awam berhubung kegiatan mencurigakan di premis berkenaan.

JAINJ dalam kenyataannya memaklumkan bahawa lelaki terbabit cuba melarikan diri mengikut tingkap bilik sebelum diarahkan masuk semula oleh penguat kuasa yang berada di bahagian bawah, selain mengambil masa kira-kira tiga minit untuk membuka pintu.

Soal siasat mendapati lelaki bekerja di Kluang itu memberi alasan menunggang motosikal sejauh 10 kilometer ke bilik sewa terbabit sekadar untuk berehat berikutan rumahnya dipenuhi ahli keluarga yang pulang sempena cuti panjang Deepavali.

Siasatan turut mendedahkan bahawa wanita berkenaan baru sahaja menetap di bilik itu selepas berpisah dengan suaminya dan masih dalam tempoh edah, manakala lelaki terbabit mendakwa wanita berkenaan merupakan bakal isterinya.

Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor untuk tindakan dan pendakwaan di Mahkamah Syariah. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset